PENGURUSAN BILIK DARJAH
Apa yang anda faham dengan pengurusan ?
Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan
pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau
entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk
mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber
manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi.
Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang
menjalankan fungsi pengurusan. Kata kerja "mengurus" datangnya
daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare. Oleh itu, pengurusan dapat
dikaitkan dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa
melalui pengaruh. Bandingkanlah dengan Pengawasan.
Konsep Bilik Darjah
Semasa di sekolah, para guru menghabiskan
sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa
itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa
bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran
paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai
sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta
Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan
atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang:
(a)
Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan, atau
(b)
Menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah
sekolah gaya pos.
Suasana fizikal bilik darjah adalah penting
bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran.
Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang
berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin
merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Susunan fizikal bilik darjah
boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan
murid, juga antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.
Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses
untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar
walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah
merupakan aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka
tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam
pengurusan bilik darjah. (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika
Syarikat, 1981). Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali
guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk
dapat dikawal semula.
Secara umumnya pengurusan bilik darjah
bolehlah diumpamakan seperti “pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah:
merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur
persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan
menjangka kemungkinan masalah.” (Lemlech, 1988). Namun begitu pengurusan bilik
darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989) ialah tingkah laku
yang menghasilkan penglibatan pelajar
yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar
yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran
yang efisen.
a) Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik
Darjah
Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru
berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan
selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee
Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana
yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid
memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap dalam pengajarannya tetapi
tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat
memenangi hati murid-muridnya. Berikut adalah panduan kepada untuk mengurus
bilik darjah.
b) Seseorang guru perlu mempelajari atau
mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar
mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar
belakang muridnya, tahu siapa ibu bapa mereka serta mengenali mereka. Dengan
memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
c) Guru juga merancang persekitaran bilik
darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang
remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak
akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan
hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih
penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia
akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.
Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin
di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menandai
jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluarkan dan
menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip
yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks,
Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala
aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses
pembelajaran tidak akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan
dengan lebih berkesan.
d)
Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik
darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan
objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru
hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat
perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara
menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.
e) Malah guru juga berperanan sebagai pegawai
perhubungan awam semasa di dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa
atau penjaga murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak
mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang
inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian
atau peperiksaan diadakan.
f) Terkini, guru perlu
merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka jalankan bagi mencari kelemahan untuk
diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya hasilnya benar-benar menepati
objektif yang telah ditetapkan.
Amalan
Pengurusan Bilik Darjah
1. Merancang
Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi
pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam
bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk
pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat
bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan
pembelajaran. Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan
pengurusan bilik darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat
berlangsung dalam keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk
mengurangkan masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta
menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh menimbulkan unsur suspens dan
mengagumkan. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau
kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat
bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru.
2. Mengurus
Guru
juga boleh bertindak sebagai seorang pengurus yang cekap.Ini penting bagi
mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa
untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan
harian seperti menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku
latihan dijalankan dengan teratur. Sebagai pengurus, guru juga menentukan
bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya. Masalah
seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah dielakkan.
Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi
antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.
Selaku
pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan
orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk
belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk
disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai
pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di kalangan
murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu
pengajaran-pembelajaran.
3. Mengelola
Selain mengajar, peranan guru sebagai
pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai pengelola, guru menjalankan
tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:
1-
Memastikan penyusunan kerusi meja adalah
sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
2-
Menyediakan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan penyertaan murid-murid.
3-
Memastikan segala bahan, peralatan serta
kelengkapan mencukupi.
4-
Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang
mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbang saran.
5-
Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
6-
Menyediakan jenis penilaian dan
melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.
Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi
menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.
4. Mengarah
Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari
dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai
seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang
dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada
muridmurid yang diajarnya. Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan
kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah
kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang
mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan
kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.
5. Mengawal
Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru
turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau
objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya
dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang
hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah
benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna. Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan
kualiti kepimpinan guru sama ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak
sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai
sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Guru juga dikaitkan dengan
orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan
membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan
berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai.
Model Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting
dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara
menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan
pelajar di dalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya
pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk
belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Terdapat beberapa model
yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya yang akan
dibincangkan ialah:
a) Modifikasi Tingkah Laku
Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4
modifikasi ertinya proses
(perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai
dengan keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif
kepada tingkah laku positif. Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti
yang menggalakkan lahirnya tingkah laku
positif. Cth: jadual tugas harian
yang disediakan dapat memupuk sikap
tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan
diri secara aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan.
b) Model Disiplin Asertif Canter
Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru
dan pelajar. Di mana guru menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini
kepada pelajar. Penerangan ini penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada
memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain model ini
mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah. Matlamat utama model
ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik darjah
supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk
pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu
bertindak menjadi guru asertif. Terdapat beberapa prinsip model yang
dilaksanakan dalam model Canter:
• Guru perlu memberi peneguhan terhadap
tindakan pelajar dengan wajar.
• guru harus merangka sistem dendaan dan
ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk.
Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan
mengajar dengan berkesan, seseorang guru perlulah bersifat tegas. Mengikut
disiplin Canter guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan di dalam bilik darjah
dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan peraturan
yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru
perlu mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.
c) Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs
Model
ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru
perlu mengenal pasti punca salah laku murid, di samping itu murid perlu
dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu
dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik
darjah. Secara keseluruhannya, murid dan guru bersama-sama memikul
tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi
dapat diaplikasikan. Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif
berikut:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan Cara komunikasi guru
yang berkesan untuk menangani salah laku
•
berkomunikasi perkara yang positif
• galak
peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
•
bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
•
optimis
• beri
galakan dan motivasi
d) Terapi Realiti Glasser
Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William
Glasser(ahli psikologi) pada tahun 1950-an. Beliau telah banyak menulis serta
mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan disiplin. Buku pertama
beliau bertajuk ‘Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry” yang
memperkatakan tentang terapi realiti. Asas utama kepada model ini ialah setiap
tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat.
Pilihan yang dibuat oleh individu pula berdasarkan keperluan-keperluan asas
mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik
darjah adalah akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru
di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal
memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :
a) kasih sayang
b) mempunyai kuasa dan kawalan
c)
kebebasan
d)
keseronokan
Model terapi realiti yang merupakan satu
teknik kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat
refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang
kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Melalui terapi realiti, guru
dapat:
-
membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan. - pastikan
akibat realiti atau dipilih oleh murid.
-
kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku.
-
bertindak sebagai pembimbing murid.
Terapi realiti membantu murid mengenal realiti
kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang telah
ditetapkan. Kurikulum yang berkualiti
• akan meningkatkan mutu pendidikan
•
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran
yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang
kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar. Kualiti pengajaran
• persekitaran bilik darjah yang tenang dan
kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing
bukan pengarah
•
tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan
kehidupan seharian murid
•
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri
peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya Guru
yang membimbing akan:
• memahami murid
• menyediakan aktiviti p&p yang
menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang
berkesan
•
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran Membina bilik
darjah yang berkualiti
• tabiat
-
elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan
baik
• mesej
- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat
dan pendirian
• bina hubungan dengan guru murid
•
peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran
seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
•
pengetahuan
• kompetensi
•
kualiti
• penilaian
•
kefahaman dan penggunaan
e) Model Pengurusan Kelompok Kounin (1970)
Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan
dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah.
Ia mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan
mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Diperkenalkan supaya
pelajar melibatkan diri dan mengurangkan gangguan dalam kelas dan membuktikan
bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding
personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah. Model ini memberi fokus
kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan teknik untuk
mengelakkan kesalahan tingkah laku pelajar.
Ia direka untuk mencegah masalah di peringkat
permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas
yang baik bergantung pada pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini
telah menemukan istilah ‘ripple effect’.
Ripple effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang
melakukan kesalahan akan mempengaruhi
pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif adalah guru yang
menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah. Teori Kounin :
·
Kesedaran dan kepekaan (Withitness) q
Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi
pergerakan dalam bilik darjah. q guru
bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas. q guru mesti mengetahui perkara asas berkenaan
murid. contoh: nama, hobi, kekuatan dan
kelemahan) q Guru perlu menggunakan
teknik non-verbal (bahasa badan).
·
Pertindanan (Overlapping) q
Menangani lebih daripada satu situasi dengan
serentak (pertindihan). q Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi
berbeza dalam satu masa. Contoh: Mariam, teruskan dengan pembacaan awak, Azizah
sila beri perhatian dan jangan bercakap.
·
Kelicinan (Smoothness) q
Guru memberi
peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat berkenaan
dengan pengajaran. q Guru dapat menilai
tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan. q Guru sebagai fasilitator semasa kerja
berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar jika diperlukan.
·
Momentum
q
Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat
rumusan di akhir pengajaran dengan berkesan. q
Mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar. q Menerangkan konsep terlebih dahulu supaya
pelajar faham.
·
Kepekaan Kelompok/Kumpulan
• Perhatian kumpulan(Group alerting) :
• Pelajar lain memberi
perhatian semasa rakan memberi penerangan.
• Menggalakkan
akauntabiliti(Encouraging accountability) :
• Memberitahu pelajar bahawa mereka
diperhatikan dan akan dinilai.
• Format penyertaan tinggi(High
participation format)
•
Mentakrifkan tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung.
Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah
Bilik
darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk
menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik
di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam
memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada
relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan
salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya
dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran. Namun
terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam pengurusan
bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi.
Di samping
itu terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin
bilik darjah iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan
persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak
dijangka. Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat
disruptif seperti tidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan
dan tidur didalam kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk
kelas, tidak membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru,
membuli, melepak, berlari, menjerit di koridor. Termasuk juga dalam kategori
kesalahan disiplin ialah masalah masalah kekemasan diri contohnya tidak memakai
lencana, tanda nama, stoking, kuku panjang, warna rambut dan pelajar lelaki
berambut panjang. Selain dari disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah
juga merupakan masalah dan halangan dalam pengurusan bilik darjah.
Menurut
Shrigley (Levin & Nolan, 2004) apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran
guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal
ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan seperti kurang
memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada
arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar bercakap, mengganggu
rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah,
kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah dan agresif.
Manakala tingkah laku destruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme,
kumpulan liar, klik atau geng. Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi
antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang
bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan.
Terdapat juga pelajar yang kurang berminat
terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran
tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan
mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar
itu tidak suka kepada subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana
terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang
masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah
kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat
memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya.
Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat
berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan
interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara
objek atau organisma yang tidak bertindak balas. Sebagai contoh, bila guru
berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang
pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan
sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik
darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu
guru tidak dapat memadankan bahan - bahan pelajaran yang sesuai dengan umur
kognitif para pelajar.
Guru
terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri.
Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai
dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah
yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang
banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan
elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan
kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku
gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu
ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah di dalam bilik
darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan
pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan
pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima
apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di
dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat
mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan
bergerak ke sana sini. sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)
Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku
tanpa perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti
pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan
pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh
kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat
secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum
menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan.
Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek, Sosialisasi, Alam, (Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.
Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua
individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk
merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan
penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang
berkesan. Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini
diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan
kita? Ini adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang
luas kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.
No comments:
Post a Comment